Objektif MAP


  Objektif Utama MAP ialah:-

a.   Untuk menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi faedah umum khususnya berkaitan dengan taraf pendidikan dan kesihatan,pembasmian dan mengatasi penderitaan dan kemelaratan akibat kemiskinan, peperangan, persengketaan, pemindahan, bencana alam dan sebarang mala petaka;

b.   Untuk bekerja ke arah pengupayaan rakyat menerusi peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan menanamkan nilai-nilai murni yang selaras dengan ajaran agama;

c.    Untuk menganjurkan perkembangan dan pembangunan bidang-bidang yang berkaitan seni,sains,kesusasteraan, muzik dan kebudayaan yang sesuai;

d.   Untuk melaksanakan tugas menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran serta mempraktiskan Berani kerana Benar;

e.   Untuk menganjurkan dan bekerjasama dengan kerajaan pusat/negeri dan mana-mana badan-badan/negara di peringkat nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.