• DEKLARASI PASIR SALAK...
Dengan berpaksikan semangat juang pahlawan Pasir Salak dalam memperjuang kan kemerdekaan negara,kita gerakkan perjuangan ini:
1. ‘Berani Kerana Benar’, prinsip perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk semua. Yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa.

2. ‘Mengembalikan Suara Rakyat’ dalam memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama. Negara ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu.
3. ‘Politik Nilai’ wajib diterjemahkan demi mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Semangat keadilan yang ada dalam diri manusia sentiasa subur, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan.
4. . ‘Kesinambungan Perjuangan’ gerakan reformasi yang terpancar dari kesedaran bahawa sesungguhnya manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak, haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.
5. ‘Malaysia Untuk Semua’ dengan memperkukuhkan jatidiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya.

6.Semua ini akan dilaksanakan melalui RANGKAIAN MEMACU AGENDA PERUBAHAN(MAP) ATAU LEADING AGENDA OF CHANGE NETWORK.
Galeri Ilmu.Kg.Gajah.
perak darulridzuan
5hb.feb.2011