Thursday 23 June 2011

KRITERIA PEMILIHAN CALON UNTUK PRU 13

M.A.P.
Sesungguhnya faktor calun adalah faktor kritikal yang wajar ditanggani dengan pendekatan yang berkesan dan kebijaksanaan. Kriteria pemilihan calun seperti berikut :-



  1. Pemilihan hendaklah berlaku hasil perundingan MPP-MPN dan MPC seperti termaktub dalam perlembagaan parti
  2. Calun PRU13 hendaklah dipersetujui oleh Cabang melalui mesyuarat MPC
  3. Keutamaan calun hendaklah dipilih  daripada pimpinan terkanan dalam cabang
  4. Keahlian 5 tahun menjadi anggota parti melayakkan calun berkenaan dipilih
  5. Calun yang dipilih berasaskan komitmen dan prestasi kerja selama berada dalam parti
  6. Calun luar daripada cabang hendaklah dielakkan kecuali berlaku perundingan khas dan akhirnya persetujuan oleh kepimpinan cabang
  7. Memiliki kelayakan pendidikan,kewangan dan hubungan mesra dengan masyarakat setempat
  8.  Tidak mempunyai masaalah dengan jentera parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi
  9.  Mempunyai jaringan di peringkat Dun dan Parlimen melalui Ngo’ .Institusi masyarakat dan pertubuhan lain
  10. Mempunyai pengalaman dan kemahiran memimipin masyarakat pada semua peringkat dan golongan

Friday 8 April 2011

MAP MENYERU RAKYAT SARAWAK MELAKUKAN PERUBAHAN TOTAL DALAM PRN KE 10

M.A.P.


KENYATAAN  MEDIA
8hb  APRIL 2011

MAP  MENYERU  RAKYAT  SARAWAK MELAKUKAN  PERUBAHAN  TOTAL  DALAM PRN KE 10

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menyeru seluruh rakyat Sarawak menggunakan hak serta tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihanraya negeri kali  ini dengan penuh bijaksana. Kebijaksanaan para pengundi di Sarawak bakal memastikan negeri yang kaya ini akan mencapai kemakmuran serta kesejahteraan yang menyeluruh. Wajib bagi setiap rakyat Sarawak memastikan tanah air mereka ditadbirkan oleh pemimpin yang berintegriti tinggi serta meletakkan hak rakyat di tempat yang sepatutnya.

Setelah hampir 50 tahun merdeka, pelbagai persoalan dan permasalahan yang berkaitan kehidupan harian rakyat Sarawak belum dirungkaikan serta ditangani malah semakin membarah. Daripada permasalahan pengganguran, pendidikan, tanah adat, ekonomi hinggalah soal kemiskinan masih membelenggu dan terus membelenggu.

Sarawak yang kaya dengan hasil mahsul terpaksa berhadapan dengan kadar kemiskinan rakyatnya sehinggakan seolah-olah tiada jalan keluar atau harapan baru untuk penduduk Sarawak.Kini mereka seolah-olah melukut ditepian gantang dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Para pemimpin pula ibarat kera di hutan disusui anak ditinggal kelaparan.

Justeru, MAP amat berharap rakyat Sarawak mengambil peluang pada kali ini untuk melakukan perubahan agar para pemimpin yang bakal memimpin Sarawak dapat memikul amanah dengan sebaiknya. Seterusnya membawa kesejahteraan kepada setiap rakyat yang bernafas di bumi kenyalang ini.

MAP dengan tegasnya memohon agar para pengundi menolak serta tidak memangkah calon-calon ADUN yang terlibat dan terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan. MAP sekaligus menyeru seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan total dalam PRN 10 ini demi masa depan generasi akan datang.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) seru Hentikan projek Lynas, Utamakan Keselamatan Rakyat

M.A.P.

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menyeru agar pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia mempertimbangkan semula kebenaran bagi Lynas Corporation menjalankan operasi di Gebeng, Pahang.

Bantahan serta kekhuatiran penduduk berhampiran serta pelbagai pihak lain mengenai bahaya sisa radioaktif yang ditinggalkan oleh operasi plan Lynas Corporation sewajarnya diambilkira.

MAP menyeru kerajaan Persekutuan mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat serta generasi akan datang dengan memberhentikan projek Lynas Corporation.


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP

MAP: Hentikan Pembunuhan & Segerakan Meja Runding Krisis Libya

M.A.P.


KENYATAAN MEDIA

MUSTAFFA KAMIL AYUB
PRESIDEN MEMACU ARUS PERJUANGAN (MAP)
 
1 APRIL 2011

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP); Hentikan Pembunuhan dan Segerakan Meja Runding Krisis Libya

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) mendesak agar Regim Pemerintah Amerika dan sekutunya Britain, Perancis, Belanda dan Sepanyol segera menghentikan serangan terhadap rakyat Libya.

Walaupun bersandarkan resolusi PBB bagi menyelematkan nyawa orang awam dari serangan tentera Muammar Gadafi, namun hakikatnya serangan udara Amerika telah mengorbankan ramai orang awam termasuk kanak-kanak.

MAP yakin Turki dan didokong oleh OIC, Liga Arab, China, Rusia, Brazil dan beberapa negara lain mampu menjadi orang tengah membabitkan pihak Gadafi, pejuang demokrasi, dan pihak-pihak yang terbabit dalam krisis Libya kemeja rundingan.

MAP kesal dengan tindakan "double-standard" Amerika dan sekutunya yang cukup bertegas dalam krisis Libya tetapi tidak dalam krisis Bahrin, Yamen dan beberapa negara Asia Barat lain  yang regimnya merupakan sekutu kuat Amerika.

MAP juga curiga dengan kesungguhan Amerika terbabit dalam konflik Libya yang kelihatannya lebih menjurus kearah penguasaan sumber minyak dan gas di Libya. Inilah yang berlaku dalam penjajahan Amerika terhadap Iraq, dengan alasan Senjata Pemusnah Mega (WMD) yang kononnya dimiliki Saddam.

MAP juga menyeru agar pihak Gadafi sedia kemeja rundingan bagi menyelesaikan krisis yang ada dan tidak membiarkan keadaan dieksploitasi oleh regim pemerintah Amerika.


MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP

MAP: Pendedahan Video Seks Cemarkan Politik Nilai di Malaysia

M.A.P.

MAP memandang serius pendedahan video seks di You Tube membabitkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia.

Samaada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat.

Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya apatah lagi memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana  juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah. Penyebaran tersebut juga akan mendedahkan generasi muda terhadap elemen video seks tersebut. MAP menegur keras tindakan ini.

MAP juga menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus,  mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya  Malaysia.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP
5 april 2011

MAP : Isu video seks membabitkan nama DS Anwar Ibrahim

M.A.P.

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) kesal dengan tindakan pihak yang menayangkan video seks membabitkan nama DSAI kepada pihak wakil-wakil media. Apakah motif sebenarnya tindakan tersebut? MAP berpandangan ia sewajarnya diadukan kepada pihak polis bagi tindakan pengadilan yang sewajarnya.

MAP juga mempersoalkan mengapa video yang boleh dianggap sebagai video lucah ditayangkan kepada umum disebuah tempat awam, tanpa tindakan tegas pihak kerajaan persekutuan. Sikap membiarkan sahaja penayangan tersebut amat disangsikan motifnya.

MAP berpandangan, pengendalian kes ini wajarlah dibuat dengan berhemah kerana ia membabitkan pendedahan terhadap generasi muda. Para ulama juga sewajarnya menasihati pihak yang terbabit dalam pengendalian kes seumpama ini.

Mustaffa Kamil Ayub,
Presiden MAP

Thursday 24 March 2011

KENYATAAN MEDIA 01/2011 Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP): Isu Video Seks Membabitkan Nama DS Anwar Ibrahim

M.A.P.

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) kesal dengan tindakan pihak yang menayangkan video seks membabitkan nama DSAI kepada pihak wakil-wakil media. Apakah motif sebenarnya tindakan tersebut? MAP berpandangan ia sewajarnya diadukan kepada pihak polis bagi tindakan pengadilan yang sewajarnya.

MAP juga mempersoalkan mengapa video yang boleh dianggap sebagai video lucah ditayangkan kepada umum disebuah tempat awam, tanpa tindakan tegas pihak kerajaan persekutuan. Sikap membiarkan sahaja penayangan tersebut amat disangsikan motifnya.

MAP berpandangan, pengendalian kes ini wajarlah dibuat dengan berhemah kerana ia membabitkan pendedahan terhadap generasi muda. Para ulama juga sewajarnya menasihati pihak yang terbabit dalam pengendalian kes seumpama ini.

Mustaffa Kamil Ayub,
Presiden MAP